Program Santuni Komuniti Madani
25 September 2024 | Aktiviti TerkiniSepanjang bulan September 2024, NADI Sebandi Ulu telah mengadakan Program Santuni Komuniti Madani bagi perlaksanaan suku ketiga bagi tahun 2024. Program ini berkisarkan memaksimumkan jangkauan terhadap komuniti yang kurang ataupun tidak pernah datang ke NADI Sebandi Ulu. Kaedah yang dilakukan ialah dengan mewar-warkan kepada komuniti yang berjalan menggunakan laluan berhadapan NADI dan menyapa mereka untuk singgah ke NADI. Setelah itu mereka akan ditawarkan dengan pelbagai khidmat komuniti yang disediakan oleh NADI. Antara khidmat yang amat menarik perhatian pengunjung ialah seperti Kenyalang Gold Card dan MySalam. Setelah itu, para pengunjung juga telah dimohon untuk memberitahu kepada kenalan mereka yang lain mengenai pelbagai khidmat yang terdapat di premis NADI Sebandi Ulu.
Disamping itu, pendedahan kepada NADI tidak hanya berlaku pada lingkungan kampung Sebandi Ulu sahaja, kemana sahaja petugas NADI Sebandi Ulu berada, peranan dan khidmat NADI akan terus dicanang tanpa mengira waktu petugas bercuti, ini bagi memastikan NADI Sebandi Ulu bukan hanya dikenali dikalangan masyarakat sekitar kampung tetapi juga komuniti luar dari kampung Sebandi Ulu. Terdapat juga permintaan daripada komuniti luar untuk memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pelbagai bantuan dan permohonan dalam talian. Disinilah petugas akan memainkan peranan agar NADI Sebandi Ulu tetap relevan sekaligus mendapat tempat dihati komuniti. Semoga dengan perkhidmatan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pengenalan kepada NADI
• Taklimat
• Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: